top of page

AMK sediakan borang bantuan rakyat kibar bendera putih


Kempen kibar bendera putih andainya bekalan keperluan harian terputus yang dianjurkan oleh beberapa NGO turut disertai Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.


Menurut Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, sebagai tanda solidariti sayap pemuda itu turut melancarkan inisiatif dalam talian bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan.


"Pemohon hanya perlu mengisi borang (Google Form) yang disediakan dan pihak AMK akan menghubungi pemohon untuk membuat pengesahan.


"Bantuan kepada pemohon yang layak akan disalurkan melalui aktivis AMK mengikut kawasan pemohon.


"Untuk tujuan ini, AMK telah memperuntukkan dana awal berjumlah RM10,000 bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada yang memerlukan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini.


Syukri menjelaskan pemohon yang terputus bekalan bolehlah mengisi borang pada pautan, https://bit.ly/BenderaPutihAMK


Beliau juga mengalu-alukan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyumbangkan dana untuk misi bantuan tersebut.


"AMK juga mengalu-alukan sumbangan orang awam bagi menyemarakkan lagi kempen ini. Segala sumbangan awam yang diterima akan disalurkan terus kepada mereka-mereka yang memerlukan," katanya lagi.


Para penyumbang boleh membuat sumbangan ke akaun rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia:


RHB Islamic Bank Berhad

Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan)

2124 3960 0100 33


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page