top of page

AMK sedia jadi barisan hadapan agenda perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memberi jaminan untuk menjadi barisan hadapan dalam membawa naratif Kerajaan Perpaduan.


Ketua Penerangannya, Nabil Halimi berkata, sayap jentera parti itu berjanji untuk lebih responsif dalam menangkis sebarang usaha yang cuba menganggu gugat kestabilan kerajaan.


"AMK Penerangan akan bergerak lebih agresif dan membawa bakat-bakat yang memahami dasar dan intipati kerajaan.


"Oleh itu saya berjanji untuk memastikan Penerangan AMK menjadi lebih agresif dan responsif terhadap isu yang dibawa Kerajaan Madani," katanya dalam Konvensyen Penerangan di Saujana Hotel, Subang Jaya hari ini.


Jelasnya, penambahbaikan itu sekali gus dapat memenuhi cabaran media massa yang bergerak pantas pada ketika ini.


"Dalam cabaran yang luas penerangan pantas perlu dilakukan bagi memastikan dasar kerajaan sampai kepada rakyat," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page