top of page

AMK Sabah lengkapkan kepimpinan jawatankuasa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 13
  • 1 min read

Barisan kepimpinan jawatankuasa AMK Sabah yang baharu dilantik
Barisan kepimpinan jawatankuasa AMK Sabah yang baharu dilantik

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah dalam mesyuarat baru baru ini telah melengkapkan kepimpinan jawatankuasanya.


Menurut satu kenyataan, AMK Sabah yang telah mengadakan mesyuarat di Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu telah membincangkan agenda memperkukuhkan sayap pemuda parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri yang boleh diadakan pada bila bila masa.


"Mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan agenda utama organisasi termasuk usaha memperkukuh peranan AMK Sabah sebagai wadah suara anak muda dalam politik negeri dan negara.


"Sejajar dengan itu AMK Sabah juga komited untuk memperkemaskan aspek penyampaian penerangan dan komunikasi agar lebih efektif, terarah, dan tersusun.


"Perbincangan strategik turut tertumpu kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.


"Penetapan kerangka strategi yang mantap dan gerak kerja terselaras di setiap peringkat menjadi antara keutamaan dalam memastikan kesiapsiagaan jentera AMK Sabah," kata kenyataan itu.


Justeru, mesyuarat itu telah melantik barisan penuh Jawatankuasa AMK Sabah bagi sesi 2025 - 2028 yang diputuskan dan dipersetujui bersama.


Barisan pimpinan itu ialah:


Ketua AMK Sabah Zaidi Jatil

Timbalan Ketua AMK Vincent Fung Sze Zack

Naib Ketua AMK Eldrige Laurence Timis

Naib Ketua AMK Muhammad Firdaus Charlie

Naib Ketua AMK Mohammad Mirza Muazzam

Setiausaha AMK Aljakalil Biou

Bendahari AMK Rafee Jafree

Ketua Penerangan Mohd Nur Hilmie Milus

Pengarah Komunikasi Arief Hambali J Indan

Setiausaha Pengelola Ian Brian Francis

Pengarah Strategi Abdul Malik Abdul Ghani

Skuad KEADILAN Sabah Mohd Azraai Arifin

Penolong S/U AMK Mohd Fuad Masli

Penolong Bendahari Mohd Ghazali Sabardin

2 Comments


com fondecranvip
com fondecranvip
Oct 22

Fondecranvip.com - Sumber percuma anda untuk koleksi wallpaper unik dan berkualiti tinggi, direka khas untuk semua peranti anda.

Like

Pandrhola
Pandrhola
Oct 01

In Slope Game, every second is thrilling because gravity, momentum, and quick thinking determine whether you survive or crash catastrophically.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page