Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Putatan, Sabah baru-baru ini mengadakan sesi Facebook secara langsung untuk mengutip dana membantu mangsa kebakaran.
Menurut kenyataan AMK Putatan, kutipan tersebut dibuat bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Meruntum, Putatan.
"Sesi mengumpul derma kami lakukan dengan kerjasama NGO Jingga13 dan Srikandi KEADILAN Putatan, melalui FB Finniey Siti Norffinie Yassin.
"Kami berterima kasih dengan sumbangan pakaian terpakai dari orang ramai
"Hasil sumbangan ini kami akan serahkan kepada mangsa kebakaran di Kg Meruntum," kata kenyataan itu
Menurut kenyataan itu lagi, selain wang tunai, AMK juga mengalu-alukan sumbangan makanan asas, pelitup muka, hand sanitizer atau perabot dari mana-mana penyumbang.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Wahidah di talian 0146725070 dan Cik Sue Manis 0173320892.
Comments