top of page

AMK Pusat isi jawatan utama persiapan hadapi PRN Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Biro Politik Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat telah memutuskan untuk mengisi beberapa jawatan utama terlebih dahulu sebelum pelantikan penuh kepimpinan AMK bagi sesi 2025–2028 dimuktamadkan.


Biro Politik AMK memaklumkan, lima jawatan diisi membabitkan Pengarah Pilihanraya iaitu Izuan Kasim; Setiausaha, Omar Mokhtar A Manap dan Bendahari, Hilmy Yakap.


Ketua AMK Sabah pula digalas oleh Zaidi Jatil manakala Vincent Fung merupakan timbalan beliau yang pada masa sama menjalankan tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya AMK Sabah.


"Semua lantikan itu akan meneruskan tugas sehingga pelantikan rasmi kepimpinan baharu oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK yang bakal diadakan dalam masa terdekat.


"Biro Politik AMK telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 26 Mei lalu dan turut mengadakan siri perbincangan lanjutan terkait urusan memantapkan organisasi AMK sesi 2025/2028.


"Beberapa perkara yang diangkat dalam siri perbincangan itu antaranya melibatkan soal penumpuan kepada hala tuju dasar pasca pemilihan, khususnya melibatkan pembangunan anak muda, reformasi institusi dan pentadbiran," maklum biro itu dalam kenyataan.


AMK berkata, pihaknya turut mengadakan perbincangan menyentuh persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.


"Fokus AMK kini tertumpu kepada persediaan jentera, strategi, dan pengukuhan sokongan akar umbi.


"Pertemuan bersama Ketua-Ketua AMK Cabang Sabah turut dihadiri sendiri oleh Ketua AMK, Kamil Munim, Timbalan Ketua iaitu Izuan Kasim dan Naib-Naib Ketua," kata kenyataan itu lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page