Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Pulai, Johor baru-baru ini menyantuni golongan asnaf di kawasan itu dengan memberi bantuan makanan kering.
Menurut Ketua AMK Pulai, Faezuddin Puad (gambar, dua dari kiri), bantuan tersebut diberikan untuk meringankan beban mereka menghadapi kemelesetan ekonomi dan pandemik Covid 19 yang berterusan.
"Minggu ini KEADILAN Cabang Pulai meneruskan program santuni rakyat dan penyerahan bantuan bekalan makanan kepada golongan asnaf di Tampoi Indah.
"Selagi masih ada kudrat dan diizinkan Tuhan, kita akan terus berkhidmat untuk rakyat," katanya.
Comments