top of page

AMK Pulai, Pontian buat laporan polis pesta makan durian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2021


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai dan Pontian membuat laporan polis susulan tular video dan gambar yang menunjukkan orang ramai berkumpul dalam 'pesta makan durian' ketika kunjungan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon ke sebuah dusun baru-baru ini.


Menurut kenyataan AMK Pulai, laporan itu dibuat kerana pemimpin kerajaan Perikatan Nasional telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1


"Dalam video dan gambar tersebut terdapat kelibat seperti Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan individu mengenakan pakaian yang mempunyai lambang Perikatan Nasional.


"AMK Pulai dan AMK Pontian mendesak supaya polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan setegasnya," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page