top of page

AMK Pulai buat laporan polis terhadap kabinet PM Mahiaddin

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 30, 2021
1 min read

Angkatan Muda KEADILAN Cabang Pulai membuat laporan polis ke atas kebiadaban kerajaan Perikatan Nasional dan kabinet Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang mendahului Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memansuhkan Ordinan Darurat.


Menurut kenyataan AMK Pulai, laporan tersebut dibuat oleh Ketua AMK Pulai, Faezuddin Puad dan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, YB Jimmy Puah Wee Tse


"Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dalam satu kenyataan media semalam menzahirkan rasa amat dukacita terhadap kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan PN telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Seri Paduka Baginda.


"Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan membatalkan Ordinan Darurat dilakukan tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan gagal mematuhi prinsip undang-undang.


"Jelas kerajaan PN berbohong kepada YDPA dan seluruh rakyat Malaysia!" kata kenyataan berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page