top of page

AMK Pontian lawat mangsa kebakaran

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 16, 2020
1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pontian melawat mangsa-mangsa kebakaran di Penempatan Asam Kumbang Laut, Benut baru-baru ini.


Ketua AMK Pontian, Aziz Shari berkata, mangsa kebakaran diberi sedikit bantuan dan kata-kata semangat agar tabah menghadapi musibah yang berlaku.

Aziz (kanan) berbincang bersama mangsa kebakaran

"Alhamdulillah terima kasih pada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Pontian yang pantas memberi penempatan sementara untuk 5 keluarga mangsa yang terlibat dengan musibah ini.


"AMK Pontian juga melawat penempatan sementara dan memberi sedikit bantuan kepada mangsa. Terima kasih keperihatinan semua yang turut menghulurkan bantuan.


"Kami mendoakan agar pelbagai lagi bantuan akan tiba untuk mangsa-mangsa ini bagi memudahkan mereka meneruskan kehidupan setelah tinggal sehelai sepinggang," katanya.


Asam Kumbang Laut merupakan penempatan kampung tradisional Melayu di daerah Pontian. Kawasan ini juga merupakan kampung asal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page