top of page

AMK Pontian bantu asnaf semasa PKP

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 29, 2021
  • 1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) cabang Pontian membantu golongan asnaf dan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang menyukarkan rakyat meneruskan pekerjaan.


Menurut Ketua AMK Pontian, Aziz Shari, bantuan diagihkan ke beberapa kawasan termasuk Kampung Parit Madirono, Taman Benut Utama dan Kampung Nelayan yang melibatkan 120 penerima.

Aziz (kiri) mengagihkan bantuan makanan

"Tanpa pelan sokongan kepada rakyat sepanjang PKP ini dari kerajaan...kami inshaAllah akan terus menyokong rakyat semampu kami.


"Terima kasih jawatankuasa AMK Pontian yang baru, wakil dari Amanah Setiausaha Amanah Pontian, saudara Muiz dan turut sama Faezuddin Puad, Ketua AMK Pulai yang menyampaikan sumbangan.


"Terima kasih mantan ketua kampung Parit Madirono dan jawatankuasa penduduk di Taman Benut Utama yang membantu," katanya.


Beliau menyeru agar rakyat lebih prihatin dengan slogan 'Kita Jaga Kita' dan bangkitkan kembali ekonomi Pontian demi rakyat dan kelangsungan rakyat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page