top of page

AMK pertahan pendirian PM Anwar hadapi proses undang-undang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan komitmen penuh terhadap prinsip kedaulatan undang-undang yang mana tiada individu terkecuali daripada proses keadilan yang adil dan saksama.


Serentak itu, sayap parti tersebut memuji keberanian dan integriti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersedia menghadapi proses perundangan secara terbuka.


"(Ia) selaras dengan semangat ketelusan dan akauntabiliti yang menjadi teras agenda reformasi kerajaan.


"AMK yakin bahawa mahkamah, sebagai institusi bebas, akan menjalankan tugasnya dengan adil tanpa sebarang campur tangan," kata Naib Ketuanya Nabil Halimi dalam kenyataan hari ini.


Semalam Anwar dilaporkan berkata, beliau komited sepenuhnya kepada keluhuran undang-undang dan kebebasan badan kehakiman meskipun Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk merujuk lapan persoalan Perlembagaan susulan satu saman sivil terhadapnya.


Rujukan persoalan undang-undang itu berkaitan saman sivil difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku tujuh tahun lalu.


Pasukan peguam Anwar dilaporkan telah menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Nabil menyeru agar semua pihak menghormati dan tidak mempersoalkan proses perundangan tersebut.


Dalam hal ini, AMK menolak cadangan Dewan Pemuda Pas agar Perdana Menteri mengambil cuti sementara dengan menganggap ia sebagai tidak berasas serta mencerminkan ketidakmatangan dalam berpolitik.


Nabil menegaskan bahawa Perdana Menteri sewajarnya terus menjalankan tugas rasmi bagi memastikan kestabilan pentadbiran, meningkatkan keyakinan pelabur dan memacu pembangunan demi kesejahteraan rakyat.


"Tuntutan sedemikian hanya mengganggu fokus kerajaan dalam melaksanakan mandat rakyat," ujar beliau.


AMK menegaskan bahawa pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman adalah asas utama demokrasi di negara ini.


"Kami menolak sebarang tanggapan bahawa wujud campur tangan kuasa eksekutif dalam proses perundangan," ujar beliau.


Sebaliknya, Nabil menggesa semua pihak, termasuk Pemuda Perikatan Nasional, untuk tidak mempolitikkan isu ini demi menjaga keharmonian dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.


"AMK akan terus berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan kerajaan dalam usaha memelihara integriti, meneruskan agenda reformasi dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.


"Kami menyeru generasi muda untuk kekal menyokong usaha pembaharuan negara dan menolak sebarang percubaan untuk

menggugat kestabilan dan masa depan negara," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page