AMK perlu diberi nafas baharu, tarik sokongan anak muda



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempunyai jenama yang unggul pada waktu awal penubuhan parti dalam memperjuangkan pembebasan tokoh Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan institusi presiden.


Namun menurut aktiviti KEADILAN, Danish Hairudin, seiring berjalannya waktu AMK mula kurang menyengat selepas parti berjaya menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum 2018 lalu.


Sehubungan itu, katanya, menjelang pemilihan parti kali ini AMK perlulah diberi nafas baharu agar dilihat lebih segar dan merakyat.


"Persoalan asas AMK apakah peningkatan seterusnya setelah berjaya membina satu imej yang hebat sejak zaman kegemilangan Pemuda Keadilan pada awal penubuhan dahulu?


"Ketika itu, Pemuda Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan berada di saf paling hadapan membawa isu-isu rakyat serta kerakusan pentadbiran pemimpin Barisan Nasional. AMK menjadi tunjang utama kepada KEADILAN membela nasib rakyat dan sentiasa mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pimpinan utama parti yang diserang segenap penjuru oleh lawan.


"Atas kejayaan itu jugalah, AMK sekarang berada di persimpangan, setelah berjaya membentuk imej sedemikian rupa, apakah bentuk peningkatan yang seterusnya?" katanya


Menurut Danish, AMK kini tidak lagi dilihat sebagai sebuah organisasi yang digeruni oleh lawan malah dilihat bercakaran sesama sendiri serta semakin jauh dengan anak muda.


"Mengapa ini berlaku? Sudah pasti, kita perlu akui kelemahan dan kegagalan organisasi AMK berfungsi dengan baik dan akhirnya memberi kesan besar kepada pengaruh KEADILAN terhadap anak muda.


"Oleh itu, pemilihan KEADILAN kali ini perlu dijadikan titik tolak kebangkitan AMK untuk memperbetul dan memperkemaskan organisasi bagi mempersiapkan sebuah pasukan yang intek agar dapat menyokong intstitusi presiden mendepani Pilihan Raya Umum kelak.


"AMK perlu dilihat sebagai “anak jantan” dalam mendepani semua hal termasuklah membawa isu rakyat dan mepertahankan parti daripada sebarang ancaman. Hal ini kerana jiwa pemuda mestilah sentiasa bersemangat dan tidak gentar dengan risiko," katanya.


Menurut Danish lagi, tugas utama kempimpinan AMK kelak adalah memastikan kesatuan dalam kalangan anggota di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri dan cabang.


Struktur organisasi juga perlu dimantapkan. AMK, katanya, harus mempunyai barisan kepimpinan yang benar-benar mempunyai tekad dan kesungguhan serta terbukti pencapaian gerak kerja membantu parti di setiap peringkat untuk memastikan AMK kembali bernyawa dan mendapat tempat dalam kalangan anak muda Malaysia.


"Saya percaya setiap daripada kita dapat memainkan peranan yang besar dalam membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan kembali ke landasan yang sepatutnya sejajar dengan reformasi yang sering dilaungkan.


"KEADILAN satu-satunya parti berbilang kaum di Malaysia yang membawa aspirasi setiap kaum di Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Manakala AMK akan bangkit dengan lebih hebat dan memastikan KEADILAN kembali menjadi sebuah parti yang utuh dan intek di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER