top of page

AMK Perlis umum penstrukturan, perkukuh sayap pemuda



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis melakukan penstrukturan semula organisasi bagi memperkasakan kedudukan jentera di negeri itu.


Ketuanya, Ahmad Azzin Izzad Bahanuddin berkata, penyusunan pimpinan baharu sesi 2022 hingga 2025 diadakan antara lain sebagai persediaan sayap anak muda KEADILAN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.


"Sekalung penghargaan diucapkan kepada Adam Adli selaku Ketua AMK Malaysia dan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan AMK Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.


"Insya-Allah dengan penstrukturan semula Majlis Pimpinan AMK Perlis kali ini akan memperkukuhkan kepimpinan dan organisasi supaya kedudukan AMK Perlis kekal relevan dalam membahaskan serta menjadi wadah penyampaian suara anak muda," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, beliau berkata pelantikan itu diadakan secara rundingan selaras dengan peraturan parti.


Tambah Ahmad Azzin, beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pimpinan yang dilantik menganggotai Majlis Pimpinan AMK Perlis.


Justeru, beliau berharap agar pimpinan baharu itu mampu memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat.


"Marilah kita sama-sama bekerja sebagai satu pasukan yang kuat.


"Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan bagi memberi khidmat terbaik kepada akar umbi dan masyarakat khususnya anak muda," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page