top of page

AMK Perlis kecam vandalisme rosakkan poster Raja Muda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 6, 2024
  • 1 min read


ree


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis mengecam keras perbuatan vandalisme ke atas papan iklan yang memaparkan gambar Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


Menurut Ketua Penerangan AMK Perlis, Leong Chee Wei, tindakan biadap tersebut amat mengejutkan rakyat Perlis kerana mencemar kemuliaan Institusi Diraja negeri itu.


"AMK Perlis mengecam sekeras-kerasnya tindakan vandalisme yang biadap dan tidak menghormati Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ini.


"AMK Perlis berpendapat, imej Institusi Diraja perlu dijaga bertepatan dengan Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu "Kesetiaan kepada Raja dan Negara".


"Tindakan vandalisme ini jelas menunjukkan penghinaan dan derhaka terhadap Institusi Diraja dan tindakan tegas perlu diambil dan tiada toleransi hukuman yang bakal dikenakan kepada pelaku," katanya dalam kenyataan.


Justeru, AMK Perlis mahu pihak berkuasa segera menyiasat dan menghadapkan ke muka pengadilan mana mana individu yang melakukan perbuatan keji berkenaan.


"AMK Perlis mengesa pihak berkuasa untuk segera mencari individu biadap dan derhaka ini, supaya tindakan yang tegas dan setimpal dapat dikenakan kepada pelaku," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page