top of page

AMK Perlis bentuk jawatankuasa MPAMK baharu


Susulan rombakan menyeluruh struktur jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perlis bulan lalu, AMK Perlis mengumumkan pembentukan jawankuasa baharu bagi Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) Negeri Perlis.


Amar Abd Jalil selaku Ketua AMK Perlis baharu berkata, pembentukan MPAMK Perlis dibuat setelah proses perbincangan secara ‘syura’ melibatkan anggota-anggota berdaftar di peringkat akar umbi yang meliputi ketiga-tiga Cabang AMK yang ada di negeri ini iaitu AMK Cabang Padang Besar, AMK Cabang Kangar dan AMK Cabang Arau.


"Oleh yang demikian, berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat dan Peraturan Tetap AMK 2014, maka saya dengan ini mengumumkan senarai jawatankuasa Majlis Pimpinan AMK Negeri Perlis baharu, berkuatkuasa mulai hari ini, Khamis, 22 Julai 2021.


"Alhamdulillah, barisan kepimpinan MPAMK Perlis ini dibentuk dengan merangkumi kepelbagaian daripada kalangan anak muda dari seluruh pelusuk negeri Perlis dalam lingkungan usia mereka sekitar 18-35 tahun dengan purata umur 27.4 tahun.


"Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama serta kelayakan professional. Ada di antaranya adalah merupakan peguam bertauliah, ahli physio, ahli perniagaan, mahasiswa universiti termasuklah pekerja dari sektor swasta, serta turut melibatkan penyertaan kalangan aktivis kemasyarakatan," katanya.


Pada masa sama, Amar berkata MPAMK Negeri Perlis yang dibentuk ini akan

memfokuskan kepada tiga paksi utama iaitu kepedulian terhadap rakyat terutamanya dalam aspek kebajikan dan pembangunan ekonomi anak muda serta pembangunan pendidikan dalam usaha bersepadu demi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan penuh dengan integriti.


"Ianya akan menjadi agenda penting yang akan diperjuangkan oleh AMK di negeri ini dalam merealisasi iltizam kami untuk membantu Rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, demi memastikan imej KEADILAN sentiasa positif di mata rakyat Perlis khas dan Malaysia amnya, di samping membantu parti ke arah persiapan yang lebih rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.


"Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang telah terpilih untuk berganding bahu bersama kita berjuang dalam kepimpinan MPAMK Negeri Perlis.


"Sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga turut dirakamkan kepada seluruh kepimpinan MPAMK Negeri Perlis yang lalu di atas komitmen dan semangat juang teman-teman dalam usaha demi memperkasakan parti tercinta di negeri bertuah ini. Reformasi!" katanya.


AMAR ABD JALIL KETUA AMK

GAVIN WAY TIMBALAN KETUA AMK

RASKHAIRULIMRAN RASZALI NAIB KETUA (1)

KHOR SAN KHE NAIB KETUA (2)

HASMAWATI IBRAHIM NAIB KETUA (3)

NORHAMIZAN HAMID SULTAN SETIAUSAHA

NURUL AMANINA HARIS PENOLONG SETIAUSAHA

PUTERI NAYLI NADIAH ZAMRI SETIAUSAHA KERJA

MOHD FIRDAUS HASSAN SETIAUSAHA PENGELOLA

TARANJIT SINGH SADHU JAGJIT SINGH BENDAHARI

LAGINI PALA PENOLONG BENDAHARI

NATTHAVUTH SENG KETUA PENERANGAN

ASMIR DAUD PENGARAH KOMUNIKASI

BURHANUDDIN HILMI MOHAMAD KHALID AJK

NUR ANNUAL ABU TALIB AJK

DAVEED NAGARAJA AJK

MUHAMMAD ARIFF FARHAN ABDUL RAHIM AJK

AWIRA DUANGSUNAN CHIN AJK

AHMAD AZRI NAZMAN AJK

MUHAMMAD ZAFRI MUHAMMAD ANUAR AJK

MUHAMMAD SYAHMI SUHAIMI AJK

MUHAMMAD FARISZOL AHMAD AJK

MOHD AMIR FARHAN ABU BAKAR AJK

SURIA RAUCHANDRAN AJK

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page