Oleh: Abdullah Zaid
Menjelang sesi persekolahan pada 12 Mac ini, Angkatan Muda Keadilan Perak akan menjalankan Program Bantuan Persekolahan sebagai salah satu tanggungjawab amal kepada rakyat.
Menerusi satu kenyataan, program itu bertujuan membantu mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah menyediakan kelengkapan anak-anak agar mereka dapat membuat persediaan bagi meneruskan sesi persekolahan 2024/2025.
"Bantuan persekolahan ini adalah untuk murid-murid sekolah yang terpilih di seluruh Perak seramai 600 orang murid.
"Murid yang terpilih bakal menerima beg sekolah dan alat tulis," katanya.
Tambah kenyataan itu lagi bantuan persekolah itu akan dilaksanakan melalui wakil daripada setiap AMK cabang negeri.
"Ia bagi memastikan murid yang benar-benar layak menerima manfaat dari bantuan persekolahan ini," kata kenyataan itu lagi.
Justeru, AMK Perak berharap dengan bantuan tersebut dapat memberi manfaat kepada penerima dan meringankan perbelanjaan ibu bapa bagi menghadapi kemasukan anak ke sekolah bagi sesi ini.
Comments