top of page

AMK Perak buat laporan polis, dakwa Takiyuddin fitnah PM



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perak memfailkan laporan polis terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana memfitnah Perdana Menteri.


Ketua Penerangan AMK Perak, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari melalui satu kenyataan media semalam berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan diucapkan oleh Takiyuddin semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu bersifat menghasut dan memupuk kebencian kepada kepimpinan kerajaan.


"Dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji, menuduh seseorang muslim dengan tuduhan melakukan perbuatan keji tanpa bukti yang jelas adalah haram.


"Hukuman had dikenakan terhadap perbuatan qazaf dalam syariat untuk menjaga maruah individu dan masyarakat.


"Bahkan mengikut Imam An-Nawawi, ia bagi memelihara masyarakat dari terjebak ke lembah kehinaan akibat tuduh-menuduh dalam soal lucah dan bermudah-mudah mengungkapkannya," katanya dalam kenyataan tersebut.


Sementara itu melalui kenyataan sama, AMK Perak menggesa seluruh masyarakat untuk tidak terlibat dalam menyebarkan fitnah yang akan membawa imej buruk serta menjatuhkan martabat dan reputasi seseorang.


"Semua pihak boleh berbeza fahaman politik atau ideologi, tetapi hindarkan amalan menghina dan memfitnah tanpa sebarang bukti," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page