top of page

AMK, Pemuda Amanah buat laporan polis ke atas Hj Hadi



Satu laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia dan Pemuda Amanah petang ini ke atas Presiden Pas Hj Hadi Awang berhubung kenyataan beliau mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.


Bagi Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim, tindakan Hj Hadi itu seolah olah menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Kerajaan Perpaduan adalah hasil inisiatif baginda selepas bermesyuarat dengan Majlis Raja raja.


"Keprihatinan kita adalah bila Presiden Pas mengeluarkan kenyataan yang menyentuh Yang di-Pertuan Agong 'tidak boleh beri kata putus'. Itu ayatnya sudah melampau.


"Seharusnya parti Melayu Islam ini, dia punya kesetiaan kepada raja dan negara diletakkan nombor satu. Jadi bila ada kenyataan begitu apakah mesej dia mahu sampikan kepada anak muda kelak


"Maksudnya boleh melanggar titah raja? Agong buat keputusan bukan baginda seorang. Mereka berbincang untuk kata putus bahawa Kerajaan Perpaduan yang terbaik (setelah tiada pemenangang mutlak pilihanraya).


"Jadi bukan Agong tidak tawarkan kepada beliau (PN) tetapi Tan Sri Muhyiddin dan Hadi menolak (kerajaan PH - PN)," katanya.


Manakala Exco Pemuda AMANAH, Fadhli Umar Aminolhuda pula berkata percubaan Hj Hadi yang berterusan menggugat kerajaan hanya akan menyukarkan pemulihan ekonomi negara ketika mana para pelabur antarabangsa semakin yakin dengan reformasi institusi yang dijalankan, dan mula kembali menanam modal.


"Ini jelas menunjukkan satu sikap angkuh dan bertentangan dengan undang-undang, yang mana boleh mengakibatkan huru-hara dan keadaan kacau-bilau di peringkat negara seterusnya menyusahkan terutama daripada segi pelabur.


"Sebagai anak muda, kami merasakan bahawa sekiranya (perbuatan) ini diteruskan, maka pelabur akan takut untuk melabur di Malaysia," katanya dalam sidang media di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page