top of page

AMK pelawa peguam muda, aktivis sertai pasukan guaman, aduan awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempelawa barisan peguam muda dan pelajar undang-undang untuk menyertai pasukan Biro Guaman & Aduan Awam AMK bagi penggal 2025–2028.


Ketua biro tersebut, Khairul Naim Rafizi (gambar) berkata, penyertaan juga dibuka kepada penyelidik dasar, penulis serta aktivis masyarakat sivil yang mahu menyumbang menerusi advokasi, penulisan naratif, penyelidikan dan pembelaan hak rakyat.


"Pasukan ini bukan sekadar pelengkap struktur organisasi. Ia adalah ruang kerja substantif untuk anak muda yang percaya bahawa keadilan bukan hanya ditentukan di mahkamah, tetapi juga dibentuk melalui wacana serta tindakan berasaskan prinsip.


"Pasukan ini akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja fakta, hujah dan tindakan undang-undang yang bertanggungjawab, sejajar dengan matlamat AMK untuk memperkukuh suara rakyat dan menegakkan prinsip keadilan sosial," katanya dalam satu kenyataan.


Individu berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian sebelum 3.00 petang,12 Julai 2025.


Untuk maklumat lanjut dan pautan borang permohonan, individu berminat boleh merujuk poster rasmi atau mengimbas kod QR yang diedarkan melalui saluran media sosial rasmi AMK Malaysia.


Menurut Khairul Naim, pemohon yang terpilih akan dihubungi melalui WhatsApp bagi sesi pertemuan serta penyelarasan gerak kerja akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page