top of page

AMK Pekan seru anggota KEADILAN fokus agenda reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 3
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Pekan, Muhammad Zubair Tugimon (gambar) menyeru seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) agar terus tabah, istiqamah dan teguh berpegang kepada prinsip perjuangan parti.


Menurut beliau, KEADILAN kini sedang melalui fasa ujian yang getir apabila pelbagai persepsi dan tohmahan dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk dalam kalangan individu yang berada dalam kerajaan dan parti sendiri.


"Kami menyedari wujud elemen duri dalam daging, sama ada dalam parti mahupun kerajaan perpaduan. Ada segelintir individu yang terlalu taksub kepada tokoh tertentu sehingga mengetepikan prinsip perjuangan KEADILAN.


"Malah, ada juga pemimpin dalam gabungan kerajaan yang secara berterusan mengkritik dasar-dasar kerajaan, walhal tindakan yang diambil adalah demi kebaikan jangka panjang rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Muhammad Zubair menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang didokong KEADILAN sentiasa berusaha membina masa depan negara yang lebih stabil, makmur dan progresif.


"KEADILAN sebagai parti tunjang dalam kerajaan sentiasa komited untuk berkhidmat secara jujur, telus dan berani demi kesejahteraan rakyat," ujarnya.


Menerusi kenyataan itu beliau juga menyeru rakyat, terutamanya golongan atas pagar agar menilai prestasi kerajaan dan dasar-dasar yang dilaksanakan berdasarkan fakta dan rasional, bukan dipengaruhi oleh sentimen atau fitnah.


"Jangan biarkan emosi dan manipulasi politik menyesatkan pandangan kita terhadap usaha reformasi yang sedang giat dijalankan.


"Kepada semua pendukung dan ahli parti, khususnya di Cabang Pekan, teruskan berbakti dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page