top of page

AMK Pandan-Ampang agih sumbangan rentas kawasan parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 5
  • 1 min read

Program Ziarah Kasih AMK Ampang, Pandan beri sumbangan kotak makanan, wang tunai
Program Ziarah Kasih AMK Ampang, Pandan beri sumbangan kotak makanan, wang tunai

Oleh: Azuan Ab Rahman


Program Ziarah Kasih anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) diteruskan dengan pendekatan kolaboratif bagi memastikan kebajikan pengundi terus diberi perhatian.


AMK Ampang dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihaknya bersama AMK Pandan telah menziarahi seorang pengundi Parlimen Pandan yang kini menetap di Ampang.


Kenyataan itu menyebut, kunjungan tersebut mencerminkan semangat kerjasama rentas kawasan dipelopori AMK demi memastikan kebajikan setiap pengundi terus diberi perhatian, meskipun mereka kini menetap di luar Parlimen asal.


"Dalam sesi kunjungan tersebut, wakil-wakil AMK mengambil kesempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan penerima bantuan bagi memahami keperluan semasa mereka," kata kenyataan tersebut.

Program Ziarah disertai Ketua AMK Ampang, Saudara Iman Haziq dan Ketua AMK Pandan, Saudara Ifwat Amir Hamirudin.


Mereka turut menyampaikan sumbangan berupa kotak makanan asas serta bantuan kewangan tunai sebagai tanda keprihatinan


Kenyataan juga memaklumkan, rombongan kemudian menziarahi seorang Ahli Jawatankuasa AMK Pandan yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan.


"Beliau kini dalam proses pemulihan selepas beberapa hari keluar dari hospital. AMK mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page