top of page

AMK optimis PM mampu pacu ekonomi bumiputera, noktah kemiskinan



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia optimis Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membela nasib orang Melayu dalam mendepani cabaran ekonomi ketika ini.


Setiausahanya Omar Mokhtar A Manap berkata, tekad itu dizahirkan melalui fokus kerajaan pada ketika ini yang menyediakan pelbagai inisiatif kepada peniaga kecil dan sederhana (IKS) tempatan.


"PMX telah memberi kebenaran sementara kepada penjaja dan peniaga kecil untuk berniaga tanpa bebanan memperbaharui lesen perniagaan kerana memahami impak kemelesetan ekonomi pasca Perintah Berkurung (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, katanya, pembiayaan pinjaman perniagaan bagi kaum Melayu juga diperluaskan antaranya Tekun, Hijrah di bawah kerajaan negeri Selangor serta geran digital yang diperkenalkan oleh MIDEC untuk membantu peniaga kecil mendigitalisasikan perniagaan mereka.


"Orang Melayu diberi peluang yang lebih luas untuk merebut kek ekonomi melalui geran dan bantuan perniagaan yang lebih banyak," katanya.


Justeru, Omar yakin iltizam Perdana Menteri dalam menoktahkan kemiskinan melalui dasar progresif bakal direalisasikan dalam pentadbirannya.


"Bumiputera membentuk 70% penduduk di Malaysia dan antara jumlah kemiskinan teramai di Malaysia.


"Pembasmian kemiskinan memberi impak positif bukan sahaja kepada orang Melayu secara khas tetapi membangunkan ekonomi rakyat secara MADANI amnya," ujar Omar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page