AMK, NGO gotong royong bersihkan tanah perkuburan Kg Cheras Baru
- Redzuan Shamsudin

- Aug 19
- 1 min read
Updated: Aug 20

Seramai 25 sukarelawan turun padang menjayakan program Gotong-Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Kg Cheras Baru, Cheras, kelmarin.
Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Hayfazufar yang dipimpin Pengerusinya Tengku Hazli bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pandan, diketuai Saudara Ifwat, dengan sokongan AMK Ranting Pandan Mewah yang dipimpin Nurul Shahirah Bahar, serta PEBS Ampang Jaya.
Aktiviti bermula seawal pagi dengan kerja-kerja menebas rumput, memangkas pokok kecil dan membersihkan laluan di kawasan perkuburan.
Hasilnya, kawasan tanah perkuburan kini lebih teratur, bersih dan mudah dilalui oleh waris yang datang menziarahi pusara.
"Selain kerja pembersihan, program ini juga menjadi ruang mengeratkan hubungan sesama anak muda serta sukarelawan yang turun membantu.
"Ia menunjukkan rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kawasan warisan masyarakat dan penghormatan kepada mereka yang telah pergi mendahului kita," demikian menurut kenyataan Unit Penerangan dan Komunikasi AMK Pandan.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan yang hadir memberikan tenaga dan sokongan dalam menjayakan program berkenaan.
"Semoga usaha gotong-royong ini dapat diteruskan dari masa ke masa demi kepentingan masyarakat setempat," ujar kenyataan itu.









Comments