top of page

AMK nafi keluar kenyataan persenda UMNO

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 23
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menafikan kenyataan dimuatnaik sebuah laman sesawang yang telah menimbulkan rasa benci sesama parti komponen Kerajaan Perpaduan iaitu KEADILAN dan UMNO.


Sehubungan itu, Biro Penerangan AMK menerusi satu kenyataan mengecam tindakan yang berniat jahat tersebut bertujuan memecah-belahkan hubungan baik antara AMK dan Pemuda UMNO.


"Oleh yang demikian, pihak di sebalik laman portal itu diminta untuk menurunkan kandungan palsu tersebut dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil," menurut kenyataan itu.


Terdahulu, menerusi satu tangkap layar laman sesawang itu telah memuat naik satu kenyataan yang kononnya memetik Ketua Penerangan AMK iaitu Nabil Halimi.


Kenyataan palsu itu mendakwa bahawa: "UMNO hanya tinggal 26 kerusi di Dewan Rakyat, saya fikir UMNO akan hilang semua kerusinya.


"Orang Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan mula beralih kepada PKR.


"Kami masih beri peluang kepada UMNO agar segera menghentikan desakan membebaskan penjenayah kleptokrat sebelum kami hilang sabar," kata kenyataan palsu itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page