AMK malaysia lancar Tabung Bantuan Banjir, himpun sukarelawan



Banjir yang terus buruk dan mengakibatkan ramai dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) memerlukan bantuan segera kepada mangsa.


Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) melancarkan Tabung Bantuan Banjir AMK Malaysia bagi membeli keperluan untuk mangsa-mangsa banjir dan sumbangan bagi memulihkan kehidupan mereka.


Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir berkata, tabung bantuan itu akan bergerak bersama sebuah 'task force' bagi menghimpunkan sukarelawan dalam tugas pengagihan bantuan serta kerja-kerja pembersihan pasca banjir.


"Atas rasa kebertanggungjawaban serta prihatin, AMK Malaysia akan menggerakkan sebuah ‘Task Force’ bagi menghimpunkan sukarelawan AMK serta pada masa yang sama melancarkan Tabung Bantuan Banjir AMK Malaysia.


"Rayuan Tabung Bantuan Banjir AMK Malaysia 2021 ini akan disalurkan bagi tujuan membantu mangsa-mangsa di PPS dengan barangan makanan dan keperluan lain, serta urusan pembersihan selepas air surut.


"Ketika ini, AMK Johor dan AMK Pahang telahpun mengaktifkan jentera sukarelawan bagi tujuan tersebut," katanya.



Akmal yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru merayu rakyat Malaysia memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban sebahgian rakyat yang sedang mengharungi ujian yang getir tersebut.


"Hasil kutipan Tabung Banjir AMK Malaysia akan diagihkan kepada AMK-AMK Negeri bagi menggerakkan bantuan serta disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terjejas.


"Mereka yang ingin menyumbang secara barangan atau ‘in kind’, boleh juga berhubung dengan whatsapp," katanya lagi.


Sumbangan boleh disalurkan kepada Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan). Akaun Bank: 2124 39600 10033 (RHB) dan Rujukan: Tabung Banjir AMK.


Untuk maklumat lanjut penyumbang boleh menghubungi Sdr Alfie (Whatsapp) ke nombor 017 392 4192.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio