AMK Malaysia bersolidariti bersama doktor kontrak


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengumumkan sokongan kepada doktor kontrak yang menuntut jaminan pekerjaan lebih baik daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut kenyataan bersama Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang AMK, Chiew Choon Man dan Pengerusi Biro Profesional AMK Seah Jhen Pei, gerakan itu bersolidariti bersama para doktor berkenaan dan menyokong tuntutan mereka melalui “Hartal Doktor Kontrak” (HDK).


Kata mereka, Memorandum Gerakan Hartal Doktor Kontrak telah mengemukakan dua tuntutan, iaitu kerajaan menawarkan perlantikan tetap kepada semua pegawai perubatan kontrak dan menjelaskan butiran kriteria kelayakan terperinci untuk perlantikan tetap.


Tuntutan berkenaan, bagi mereka, seharusnya dipenuhi oleh kerajaan memandangkan negara memang kekurangan doktor.


"Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), terdapat sebanyak 23,077 orang pegawai perubatan kontrak sejak tahun 2016 tetapi hanya 789 orang ditawarkan ke jawatan tetap dalam hospital kerajaan.


"Ini bermakna kebanyakan doktor kontrak yang berkhidmat dalam sektor kesihatan awam terancam dengan masalah kehilangan kerja selepas tempoh kontrak. Ini telah mendatangkan ketidaktentuan kepada kehidupan dan masa depan doktor


"Kenyataan Perdana Menteri minggu lepas yang menawarkan perlanjutan kontrak selama dua tahun selepas tempoh khidmat wajib tidak menunjukkan kesungguhan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pegawai perubatan berkontrak.

"AMK berpendapat tawaran “separuh masak” tersebut menunjukkan pihak Kerajaan PN tidak prihatin dan enggan memandang serius masalah yang dialami oleh pegawai perubatan kontrak. Tambahan pula, kerajaan juga cuba “sugarcoat” demi tujuan mendiamkan doktor-doktor kontrak yang dieskploit," kata mereka.


Selain itu, AMK turut mengecam sebarang amaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas doktor kontrak yang menyertai hartal.


Kata mereka, pihak berkuasa perlu menghormati hak-hak kebebasan para doktor berkenaan.


"AMK sedia menawarkan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang diancam dengan sebarang tindakan undang-undang akibat penyertaan dalam protes aman.


"Pegawai perubatan kontrak kerajaan ini telah membentuk sebahagian besar “frontliners” yang bertungkus-lumus melawan wabak Covid-19 di negara kita sejak tahun lepas.


"Pegawai perubatan juga sudah lesu upaya, ekoran peningkatan kes yang disebabkan oleh kegagalan kerajaan menangani pandemik ini," kata mereka lagi.


Justeru, kedua-duanya berharap Kerajaan PN dapat memandang serius tuntutan yang dikemukakan oleh para pegawai perubatan kontrak kerana isu itu bukan sekadar di kalangan doktor tetapi juga berkait rapat dengan kebajikan seluruh rakyat Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER