top of page

AMK lapor polis Papagomo fitnah PM sekat bantuan ke Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 13 minutes ago
  • 2 min read

Iman Haziq (tengah) bersama Khairul Naim (kiri) dan Bariqul Zaman selepas membuat laporan polis
Iman Haziq (tengah) bersama Khairul Naim (kiri) dan Bariqul Zaman selepas membuat laporan polis

Oleh: Akmal Manaf


Fitnah memburuk burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bersekongkol dengan Israel menyekat bantuan kepada rakyat Palestin tidak boleh diterima oleh akal sihat majoriti rakyat Malaysia.


Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat dan Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang didakwa menabur fitnah ke atas Datuk Seri Anwar.


Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, laporan itu dibuat kerana Papagomo mengatakan bahawa PM telah menyekat bantuan untuk dihantar ke Gaza.


Menurut Iman, tuduhan itu merupakan fitnah yang sangat besar memandangkan PM sebelum ini telah menyalurkan bantuan melalui Global Sumud Flotilla (GSF).


"Kami hari ini membuat laporan polis terhadap individu bernama Wan Azri atau Papagomo yang menabur fitnah kepada PM mengatakan bahawa PM menyekat bantuan ke Gaza," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.


Katanya, isu tersebut agak sensitif tetapi Papagomo masih lagi nak mencungkil untuk kepentingan politik beliau.


"Kami rasa (ia) sangat tidak patut dan keterlaluan.


''Beliau (Papagomo) juga telah menaburkan fitnah bahawa PM Anwar adalah 'barua' rejim Zionis.


''Saya rasa individu bernama Azri (Papagomo) ini, dia tak tahu sejarah PM Anwar. Dari dulu lagi (sejak memimpin ABIM) PM sangat komited tentang penduduk di Palestin, seperti menghantar bantuan kepada mereka,'' katanya.


Susulan laporan yang dibuat, Muhammad Iman yang juga Ketua AMK Ampang berharap tindakan yang tegas dapat diambil terhadap Papagomo.


Dalam pada itu, Ketua Biro Guaman & Aduan Awam AMK Pusat, Khairul Naim Rafidi yang turut serta membuat laporan memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera.


Ini kerana katanya, fitnah sedemikian bukan sahaja berpotensi mengancam ketenteraman awam, malah merupakan satu kesalahan.


''Antaranya di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (berkaitan fitnah), Seksyen 505 (berkaitan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan awam atau gangguan keamanan) dan juga akta-akta berkaitan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


''Kita mohon jasa baik rakyat Malaysia agar sama-sama bersolidariti kerana isu yang dibangkitkan saudara Iman sebentar tadi seperti dakwaan kononnya bantuan ke Palestin (disekat) dan PM Anwar jadi 'barua' Israel, merupakan satu perkara yang sangat bertentangan dengan realiti yang berlaku.


''PM Anwar bersama masyarakat dunia sememangnya jelas membela nasib rakyat Palestin atas apa yang telah berlaku di sana,'' ujarnya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page