
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia melancarkan Bantuan COVID-19 Sabah bagi membantu rakyat Sabah yang terkesan dengan peningkatan kes wabak di negeri itu.
Ketua AMK, Akmal Nasir berkata tabung bantuan itu dilancarkan setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk situasi kehidupan rakyat di Sabah.
"Dengan perkembangan kes COVID yang terus mencatatkan rekod penularan di Sabah, kehidupan rakyat semakin terkesan dan mencabar.
"Setelah meneliti ruang yang mampu dibantu tanpa membahayakan AMK Sabah, kami telah menyusun jentera anak muda untuk membuat agihan bantuan dengan selamat.
"Saya secara peribadi berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telahpun mengambil inisiatif dan sudah pasti masih ada ruang untuk kita turut sama-sama membantu mereka yang masih memerlukan," katanya.
Akmal juga berkata segala sumbangan yang diterima sepanjang kempen bantuan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan di Sabah.
"Tidak kira berapa jumlahnya, saya doakan sumbangan saudara-saudari diberkati dan seterusnya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh terus berbuat demikian menerusi akaun AMK seperti berikut:-
Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan) - 21243960010033 - RHB Bank.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saudara Tommy Thomas, Bendahari AMK Sabah (no. seperti dalam poster) yang kini berada di Tawau.
Comments