top of page

AMK lancar dua inisiatif perkukuh gerak kerja anggota



Oleh: Abdullah Zaid


Bersempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hari ini merasmikan Portal AMK dan Angkatan Business Chamber (ABC) bagi bertujuan memantapkan gerak kerja sayap jentera parti.


Inisiatif tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Portal AMK itu dilihat mampu menjadi wadah penghubung maklumat berkesan dari peringkat pusat sehingga ke peringkat jentera parti.


Bagi Angkatan Business Chamber, inisiatif itu berperanan melahirkan usahawan dalam kalangan sayap pemuda parti untuk mahir dan menimba pengalaman dalam dunia perniagaan.


Sebelum ini, AMK telah melancarkan inisiatif Akademik Keadilan Rakyat (AKAR) yang berperanan sebagai pusat latihan kepada anggota AMK menerapkan nilai dan falsafah parti dalam pemahaman, gerak kerja serta budaya organisasi.


Konvensyen Khas hari ini tertumpu di Pusat Konvensional Ideal (IDCC) Shah Alam yang menghimpunkan jentera dan pimpinan pusat bagi menyambut ulang tahun ke 25 penubuhan KEADILAN.


Sambutan 25 tahun KEADILAN khusus meraikan sokongan dan dokongan anggota-anggota dan penyokong perjuangan reformasi sebagai tanda penghargaan parti di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan sekarang ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page