top of page

AMK Kota Tinggi santuni warga memerlukan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Nov 8, 2020
1 min read


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Tinggi baru-baru ini menyantuni warga memerlukan di kawasan Felda Air Tawar 3.


Menurut Ketua AMK Kota Tinggi, Mohd Fakharuddin pergerakan itu telah menziarahi penempatan Felda di bawah DUN Johor Lama dan menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan dapur, pelitup muka dan hand sanitizer. Turut sama ialah S/U pengurusan kampung, Cikgu Faris Jasma


"Dua rumah yang dikunjungi, satu ialah seorang wanita yang berumur 86 tahun, tinggal sendirian dan tak memiliki waris, manakala satu lagi seorang warga emas, yang memohon bantuan segera untuk baik pulih rumah.


"InshaAllah, AMK akan membantu sedaya yang mungkin untuk ringankan beban mereka," katanya.


Mohd Fakharuddin juga merupakan Setiausaha AMK Johor.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page