Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Tinggi, Johor mengalu-alukan kemasukan profesional untuk sama sama berjuang menentang korupsi dalam KEADILAN.
Ketua AMK Kota Tinggi, Fakharuddin Moslim, sehubungan itu mengucapkan tahniah kepada Dr Syahida Zulkarnain yang menyertai KEADILAN baru-baru ini.
"AMK Kota Tinggi, mengalu-alukan kemasukan para aktivis, Adam Adli, dan rakan-rakan ke dalam Parti Keadilan Rakyat, khususnya buat Dr Syahida Zulkarnain yang memilih menyertai AMK Cabang Kota Tinggi.
"Semoga dengan penyertaan profesional seperti Dr Syahida, akan menarik lebih ramai orang awam, anak muda dan profesional terlibat bersama KEADILAN memperjuangkan isu rakyat khususnya di Kota Tinggi ini," katanya.
Comments