Angkatan Muda KEADILAN Kota Raja baru-baru ini menganjurkan program agihan bubur lambuk pada Ramadan kali ini.
Menurut kenyataan AMK Kota Raja, agihan bubur lambuk kali ini pada cuti Hari Pekerja adalah yang kedua dianjurkan pada Ramadan 2021.
"Walaupun semalam merupakan Hari Pekerja, ia tidak menganggu usaha kami. Kami telah mengagihkan bubur lambuk di IPD Klang Selatan dan IPD Shah Alam serta balai-balai di bawah pentadbiran mereka.
"Selain dari itu, kami juga telah mengagihkan kepada penduduk di sekitar Taman Sri Andalas apabila kami berada di depan SJKT Simpang Lima.
"Sebanyak 800 bekas telah berjaya diagihkan kepada penduduk yang kami jumpa. Kami berasa gembira melihat anak muda turun mengadakan program mendekati rakyat. Dua hari yang lepas kami juga telah memberikan sumbangan barangan asas bagi keluarga yang memerlukan bersebut tersebut," kata kenyataan itu.
Comments