top of page

AMK kesal kerajaan BN gagal selesaikan isu SOP peniaga kecil Thaipusam



Pelbagai pihak terkilan dengan kegagalan Kerajaan BN memperincikan Prosedur Operasi Piawai (SOP) perayaan Thaipusam sebagaimana diumumkan oleh Menteri Perpaduan, Halimah Saddique yang dilihat dibuat tanpa konsultasi dengan semua pihak berkepentingan.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Thiban Subbramaniam, sebelum ini kerajaan telah berjanji pada bulan Disember 2021 bahawa isu SOP Thaipusam akan diselesaikan segera memandangkan perayaan itu bakal tiba.


Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan pula berjanji menerusi sebuah video viral bahawa beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memastikan Thaipusam berjalan lancar.


"Namun realitinya kepincangan kerajaan mengumumkan SOP yang tidak konsisten telah menimbulkan suasana huru-hara.


"Kegagalan kerajaan menentukan SOP juga menyebabkan peniaga kecil terpaksa menanggung kerugian. Siapa yang harus bertanggungjawab disebalik kecelaruan SOP Thaipusam? Sudah tentu situasi ini berlaku kerana kerajaan mereka melakukan konsultasi dengan semua pihak


"Sekiranya konsultasi bersama pemegang taruh, khususnya peniaga kecil diadakan mungkin kerugian yang hadapi dapat dielakkan.


"Ramai peniaga telah mengeluarkan modal membeli barang perniagaan setelah kebenaran diberi untuk operasi gerai di Batu Caves dan beberapa kawasan lain yang mengadakan sambutan Thaipusam. Tindakan kerajaan membatalkan kebenaran beroperasi gerai ini pada saat akhir amat tidak masuk akal dan tidak berhati perut," katanya.


Tegas Thiban, sebelum ini pasar malam, bazar, kelab malam dibenarkan beroperasi. Beliau mempersoalkan mengapakah gerai Thaipusam tidak dibenarkan?


Katanya, perhimpunan parti politik dan pilihan raya boleh berjalan lancar tetapi gerai Thaipusam dipertikaikan. Thiban meminta Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan PM Ismail Sabri menjelaskan bagaimanakah proses SOP Thaipusam dibuat?


"Saya bertemu dengan beberapa peniaga yang terkesan akibat kecelaruan SOP yang bertukar-tukar sehingga membunuh perniagaan peniaga kecil. Masing-masing menyatakan kegusaran bakal mengalami kerugian sehingga RM 15,000. Adakah Kerajaan peduli isu kerugian peniaga kecil ini?


"Mana perginya semangat #KeluargaMalaysia Ismail Sabri yang langsung tidak buka mulut tentang isu ini? Apakah Datuk Saravanan mahupun Halimah Saddique akan bayar ganti rugi?" soalnya


Sehubungan itu, Thiban menggesa Kerajaan BN bertanggungjawab atas kegagalan mereka dan tampil membantu peniaga kecil yang kini menghadapi kerugian.


Beliau mencadangkan kerajaan menggunakan bajet MITRA yang diletakkan bawah Kementerian Perpaduan untuk memberikan Geran Khas bernilai RM 5,000 kepada setiap peniaga yang terkesan akibat kegagalan kerajaan


Tindakan yang sama juga, ujarnya, boleh dibuat kepada peniaga yang terkesan akibat banjir besar baru baru ini. Namun, menurut Thiban, kerajaan tidak mempedulikan nasib peniaga kecil yang terpaksa menggadai barang kemas, pinjam kepada rakan untuk mendapatkan sedikit modal memulakan semula perniagaan


"Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri harus buktikan slogan #KeluargaMalaysia bukan sekadar retorik politik. Kerajaan harus segera hentikan polemik dalam isu SOP Thaipusam," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page