top of page

AMK Kepong kecam Israel, seru antabangsa lindungi sukarelawan GSF

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Rakaman lansung flotila GSF menunjukkan komando Israel menawan salah satu bot dalam misi ke Gaza
Rakaman lansung flotila GSF menunjukkan komando Israel menawan salah satu bot dalam misi ke Gaza

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kepong mengecam keras tindakan rejim Israel yang sekali lagi bertindak zalim terhadap misi kemanusiaan antarabangsa, kali ini ke atas misi sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan ke Gaza.


"Tindakan biadab ini bukan sahaja mencabuli undang-undang antarabangsa, malah merupakan satu bentuk penindasan berterusan terhadap hak asasi manusia rakyat Palestin," tegas kenyataan AMK Kepong hari ini.


AMK Kepong turut menyatakan solidariti terhadap para aktivis yang ditahan, khususnya aktivis Malaysia di bawah Flotilla Sumud Nusantara, sambil mendoakan keselamatan mereka agar dilindungi daripada sebarang ancaman.


"Kami menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk pertubuhan hak asasi dan badan dunia, untuk segera mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman rejim Israel serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan," katanya lagi.


AMK Kepong menegaskan komitmennya untuk terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin serta menyokong usaha solidariti kemanusiaan di seluruh dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page