top of page

AMK kempen 5 isu utama kalangan anak muda - Akmal Nasir



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia akan menumpukan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada isu isu yang berlegar sekitar kehidupan anak muda


Ketua AMK, Akmal Nasir berkata, isu seputar anak muda tidak banyak diangkat oleh ahli ahli politik yang berkempen dalam siri PRN kebelakangan ini.


"Peringkat AMK, kami jumpa anak muda seluruh negeri Johor, ambil kesempatan angkat suara mereka.


"Contoh yang pertama kita akan perjuangkan nasib Grab rider. Anak muda bertungkus lumus mencari rezeki, mereka ini bukan merompak harta kekayaan negara. Anak muda ini terpaksa menggerakkan ekonomi tetapi mereka yang paling ditekan.


"Bagi orang politik hentikanlah cerita nak jadi poster boy dan sebagainya. Yang kita nak angkat sebagai poster boy adalah anak muda ini. Jangan biarkan mereka tanpa perlindungan Socso, jangan disekat soal elaun, komisyen disempitkan. Dua tiga trip dikejar untuk dapat komisyen hingga separuh mati," katanya dalam majlis pelancaran jentera PRN AMK Johor, tengah hari tadi.

Akmal buat gimik ambil makanan dari Grab food

Selain itu, kata Akmal, anak muda juga terlibat dalam bidang perniagaan runcit.


Katanya harga barang runcit kebelakangan ini amat mahal dan menyempitkan margin keuntungan mereka.


"Kalau tanya mereka, harga barang mahal sebab apa? Jawabnya Covid, harga barang naik sebab banjir. Minggu lepas sebab Tahun Baharu Cina, sekarang mungkin salah rakyat sebab makan telur banyak sangat. Telur dah tak ada .


"Conteoh ketiga ialah wanita muda, saya juga jumpa mahasiswa. Kemiskinan haid (agak sukar diterima tetapi) memang berlaku di kalangan anak muda. Dalam kesempitan hidup, isu anak muda ini kita angkat," katanya.


Begitu juga, kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu, dari kumpulan anak muda berternak dan isu harga ayam amat merunsingkan mereka. Ramai yang mungkin gulung tikar.


Tambah Akmal, isu banyak mahasiswa yang tidak menjejak kaki ke kampus selepas 2 tahun Covid juga akan dibicarakan sepanjang kempen pilihan raya itu nanti.


"Hal ini yang menyebabkan anak muda bosan politik kerana tidak menyentuh kehidupan mereka," katanya.


Oleh yang demikian, katanya AMK akan membawa itu tersebut bergandingan isu rasuah Azam Baki dan beberapa isu lain yang menjadi perhatian


Dalam pada itu, Akmal juga tidak melepaskan peluang mengecam Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang mencatur politik Johor untuk mendesak Pilihan Raya Umum disegerakan sehingga diheret memasukki PRN.


"Tak semena mena rakyat Johor diheret masuk PRN. Orang Johor tak nak PRN dalam keadaan Covid 19 tengah naik, PRU pula tak sampai setahun lagi. Kenapa nak buat sekarang?


"Yang buat ketidakstabilan negeri Johor adalah Umno BN dan Bersatu. Mereka bergaduh orang Johor kena hukum. Nak tukar parti tukarlah tetapi mengapa rakyat Johor ditarik masuk PRN?" katanya.


Kepada AMK yang berkempen, Akmal berharap rakyat akan disedarkan bahawa calon yang mewakili Umno dalam PRN adalah pengikut Zahid, dan apakah perjuangan Zahid?


Beliau minta dibuat perbandingan dengan calon KEADILAN yang watikahnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perjuangan melawan rasuah dan soal mempertahankan integriti. Manakah yang lebih baik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page