top of page

AMK Kedah tidak setuju 4 ADUN Melaka sertai KEADILAN



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah memandang serius ura-ura 4 ADUN Melaka yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional negeri itu pada awal bulan ini, didakwa ingin menyertai KEADILAN.


Bagi Ketua AMK Kedah, Mohammad Firdaus Johari, spekulasi berkenaan telah menimbulkan suara-suara bantahan dalam parti, terutama menyedari terdapat ADUN-ADUN yang dahulunya daripada Pakatan Harapan (PH) dan bertanggungjawab menumbangkan pentadbiran Ketua Menteri Adly Zahari, yang akan terlibat.


"Menelusuri perkembangan semasa dan peristiwa politik terkini, AMK Kedah dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan dan sejajar dengan perjuangan islah dan kebenaran, ingin menyatakan rasa ketidaksetujuan sekiranya berlaku kemasukan empat bekas ADUN Melaka ke dalam KEADILAN.

4 ADUN Melaka yang tarik sokongan kepada PN

"AMK Kedah yakin dan percaya perkara ini adalah sama dan selari dengan suara rakyat dan pandangan akar umbi penyokong Pakatan Harapan yang sekali-kali tidak bersetuju secara tuntas dengan kemasukan mereka, sama ada menerusi undangan jemputan atau permohonan," kata beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Firdaus lagi, peristiwa dalam perjalanan politik sejak Mac 2020 sepatutnya telah memberi ibrah tersirat dan tersurat, bahawasanya nilai dan prinsip yang terbina dan teruji dalam kesukaran serta keperitan melawan korupsi, kezaliman, ketidakadilan serta pengkhianatan seharusnya diutamakan.


Katanya, meskipun terdapat strategi politik dengan penyertaan ADUN-ADUN berkenaan namun parti tidak perlu mengambil risiko.


"Biar apa pun justifikasi strategi politik ke atas pembenaran senario ini, ia harus ditentang. Ini kerana perjuangan berprinsip adalah perjalanan yang panjang, dan semakin lama dalam perjalanan semakin terserlah kepalsuan, kepura-puraan dan ketidaksabaran sesetengah pihak dek kerana bahang kebenaran itu terlalu menyulitkan.


"Semoga barisan pimpinan mendengar suara hati pimpinan bawahan dan pertengahan KEADILAN dengan penuh kesediaan dan keterbukaan seperti lazimnya," katanya lagi.


Firdaus turut memetik puisi WS Rendra di akhir kenyatannya, “kesedaran adalah matahari, kesabaran adalah bumi, keberanian menjadi cakerawala, dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata”.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page