top of page

AMK Kedah lengkapkan barisan kepimpinan negeri



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah telah melengkapkan senarai kepimpinan negeri untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 15 pada bila bila masa.


Menurut Ketua AMK Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari, AMK Kedah akan memberikan komitmen penuh untuk terus memperkukuh organisasi parti dan mengambil tanggungjawab perjuangan sebagai sayap parti yang utuh.


"Sesi rundingan dan perbincangan serta mendengar pandangan dari ketua-ketua AMK Cabang telah dilakukan bagi menetapkan hala tuju dan pemantapan struktur pasukan AMK Negeri Kedah.


"Pasukan AMK Kedah yang baru terdiri dari segenap lapisan kaum dan latar belakang termasuk golongan profesional, usahawan dan aktivis. Satu kata sepakat telah dicapai bahawa pasukan ini perlulah bersatu padu dalam menjaga kekuatan ukhwah sesama pasukan dan perlu bergerak lebih proaktif dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan tiba tidak lama lagi.


"AMK Negeri Kedah akan berusaha untuk melaksanakan program- program yang dapat memberikan manfaat kepada golongan muda dan menjadi platform untuk anak muda berpaut.


"AMK juga akan terus utuh di bawah kepimpinan Pengerusi MPN, YB Nurul Izzah Anwar di peringkat negeri dan bersama nahkoda iaitu Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kami menyambut baik semboyan saudara Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihanraya untuk mengukuhkan jentera AMK khususnya bagi menghadapi PRU Ke-15. Hubungan baik dan kerjasama rentas parti terutama Pemuda Pakatan Harapan Negeri Kedah akan tetap terjalin erat dan lebih diperkuatkan," katanya.


Tambah beliau, AMK Kedah akan membuat beberapa lantikan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan pasukan yang sedia ada.


Berikut nama nama dan struktur AMK Kedah sesi 2022 - 2025:


Ketua AMK Negeri

Dr. Mohammed Taufiq Johari


Timbalan Ketua AMK Negeri

Habib Ahmad Irfan Habib Danial


Naib Ketua

Wan Mohamad Syahezral Wan Shahidan

Tan Jin Hao

Sasitaran A/L Balakrishnan


Setiausaha

Mohammad Afiq Hazwan Samsudin


Penolong Setiausaha

Reena Sofiah Abdul Rahim


Setiausaha Pengelola

Luqman Syafiq Ahmad Fadzli


Setiausaha Kerja

Mohammad Aminuddin Mohd Zamri


Bendahari

Mohd Zulhusni Zakaria


Ketua Penerangan

Mohamad Amirul Asraff Ismail


Pengarah Komunikasi

Mohammad Fitri Ismail


Pengarah Pilihanraya Amk Negeri

Mohd Fadzil Ahmad Shobri


Pengarah Strategi

Ahmad Munir Zakaria


Pengerusi Biro Latihan Dan Pemantapan Anggota

Khairul Azlie Alias


Pengerusi Skuad Keadilan

Muhammad Aliff Hasbullah

Pengerusi Biro Mobilisasi

Mohd Zakuan Ahmad Tajudin


Pengerusi Biro Belia Dan Sukan

Mohd Iswady Ismail


Pengerusi Biro Badan Bukan Kerajaan Dan Aktivis

Mohd Syakir Mohd Daud


Pengerusi Biro Guaman Dan Aduan Awam

Chong Choon Yuen @ Wayne


Pengerusi Biro Pemantapan Dan Pemahaman Agama

Wan Muhammad Asyqal Wan Abd Razak


Pengerusi Biro Khidmat Sosial Dan Kemasyarakatan

Loges Rao A/L Dharmarao


Pengerusi Biro Perpaduan Kaum & Integriti Nasional

A Kum A/L Bon Lap



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page