top of page

AMK Kedah kecam serangan ganas rejim Israel ke atas Masjid al Aqsa



Serangan pihak keselamatan rejim Israel ke atas Masjidil Aqsa pada bulan Ramadan dikecam keras oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah.


Menurut ketuanya, Dr Mohammed Taufiq Johari, serangan yang mencedera parahkan 12 orang dan menahan lebih 350 umat Islam Palestin itu amat tidak bertamadun dilakukan lebih-lebih lagi pihak Israel sering melakukannya pada bulan Ramadan.


"AMK Kedah percaya tindakan sebegitu menunjukkan rejim Israel ternyata tidak peduli kepada hak asasi manusia dan keperluan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di wilayah tersebut.


"AMK Kedah bersolidariti bersama saudara seIslam yang telah dicabuli hak mereka. Adalah amat membimbangkan bilamana serangan tersebut acapkali berulang setiap kali masuknya bulan Ramadan.


"Adakah Zionis Israel bercadang menjadikan serangan ke atas umat Islam di rumah ibadah satu acara tahunan? Kami juga mendesak komuniti antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan Israel dan mengambil langkah tegas untuk menghentikan insiden seperti ini dari berulang pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Dr Taufiq, rasa hormat terhadap hak asasi manusia penting diperteguhkan terutama ke atas umat Islam yang hanya mahu beribadat di dalam Masjid al Aqsa dan bukannya melakukan sebarang provokasi.


"Kami percaya rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan komitmen untuk kewujudan bersama yang harmoni adalah penting untuk membangunkan masyarakat yang adil dan berekuiti.


"Kami kekal komited untuk memperjuangkan perlindungan terhadap hak asasi manusia dan kami akan terus bersolidariti bersama golongan yang dizalimi," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page