top of page

AMK Kedah ikrar pertahan Raja-Raja Melayu, bidas kenyataan Hj Hadi



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah akan terus mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu daripada diserang anasir-anasir yang hanya mengejar sentimen politik.


Menerusi satu kenyataan, ketuanya Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kebiadan Presiden Pas Hj Hadi Awang mempersoal peranan Raja-Raja Melayu dalam nukilan ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ jelas menyinggung DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).


"Dalam Minda Presiden (lidah rasmi Pas) menyatakan “bahkan raja-raja supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja” seolah memberi gambaran bahawa Raja-Raja Melayu berdiam diri dalam memartabatkan institusi Syariah serta mengangkat agama Islam, Ini merupakan kenyataan yang dangkal," katanya.


Tambah kenyataan itu, sekiranya Hj Hadi ingin merujuk kepada kes Nik Elin baru-baru ini, beliau harus tahu bahawa MKI telahpun memperhalusi isu ini menurut hemat DYMM Sultan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.


"Isu ini turut diterangkan dengan jelas pada 27 Februari 2024 oleh Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Pas), namun Tan Seri Hadi tidak hadir ke sidang tersebut," ujarnya.


Oleh itu, Taufiq menyeru Hj Hadi bertanya dahulu kepada setiausaha partinya sebelum mengeluarkan kenyataan melulu agar pemimpin Pas itu tidak keliru dan akhirnya mengeluarkan kenyataan mengelirukan orang awam.


Jelas Taufiq, perbuatan melibatkan pemimpin parti Pas itu bukanlah kali pertama membuatkan Raja-Raja Melayu berdukacita.


"Kita lihat sebelum ini Menteri Besar Kedah yang juga menyinggung DYMM Sultan Selangor. Begitu juga Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengelirukan Dewan Rakyat sekaligus menyinggung KDYMM YDPA ke-16.


"Oleh itu, parti Pas perlu menginsafi segala kebiadaban ini dan memohon maaf secara terbuka dalam isu seperti ini," ujarnya.


Bahkan, kata Taufiq sewaktu Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi menyampaikan Titah Diraja Hj Hadi juga didapati tidak hadir.


"Semestinya beliau tidak mengamati dan meneliti secara terus Titah YDPA dan mengambil iktibar dari Titah tersebut, terutamanya yang terkait dengan pesanan agar Ahli-Ahli Dewan menunjukkan contoh tauladan yang baik," katanya.


Malah, jelas Taufiq ketidakhadiran pemimpin Pas itu sahaja sudah cukup untuk memberi isyarat bahawa beliau tidak menghormati kedaulatan Raja-Raja Melayu.

0 comments

Komentarai


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page