
AMK Kedah terus bergerak aktif dalam misi bantuan kemanusiaan bencana banjir di negeri itu sejak fenomena kepala air di Gunung Jerai berlaku pada 18 Ogos lalu.
Ketua AMK Kedah, Firdaus Johari berkata, mereka menyantuni mangsa-mangsa banjir dan menyelaraskan bantuan supaya semua barangan dapat disampaikan kepada mangsa banjir.
"Ini adalah kerana terdapat banyak jalan dan jambatan yang rosak serta tanah runtuh.

"Nasib baik ada 'sand trolley' untuk angkat dan bawa barang-barang bantuan pek makanan," katanya.
Turut serta dalam misi ini ialah Ketua Penerangan AMK Malaysia, Mohd Aizuddin Bin Ariffin dan Naib Ketua AMK Kedah, Adam Loh.
"Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang membantu dalam menjayakan misi bantuan ini. Semoga Allah memberkati segala kebaikan anda," kata Firdaus.