top of page

AMK Kedah adakan permukiman cerna pelbagai pandangan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 30, 2023
  • 1 min read


Prestasi kurang baik KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Kedah lalu tidak melemahkan semagat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah untuk meneruskan perjuangan di negeri jelapang padi itu.


Semalam, AMK Kedah memulakan permukinan (retreat) selama 2 hari bagi mengupas punca kekalahan dan strategi seterusnya untuk menawan hati pengundi.


Bagi Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari, retreat tersebut sesuatu yang baik untuk mencanai semua pendapat bagi dijadikan strategi masa hadapan.


"Malam tadi, Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) KEADILAN Negeri Kedah, Saudari Nurul Izzah Anwar telah hadir meluangkan masa dan merasmikan retreat ini.


"Dalam masa yang sama, Majlis Dialog bersama Pengerusi MPN Kedah itu turut diadakan. Pelbagai lontaran pandangan serta interaksi dan idea antara AMK Kedah dengan beliau dikongsikan secara bersama," katanya.


Dr Taufiq turut mengucapkan terima kasih atas kehadiran Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bagi menyuntik semangat serta menjadi pemangkin buat AMK negeri itu untuk lebih maju ke hadapan

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page