top of page

AMK kecewa LPPSA batal kemudahan bayaran balik tuntutan fi Pejabat Tanah



Angatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia kecewa dengan pengumuman tindakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) membatalkan kemudahan bayaran balik (reimbursement) tuntutan fi Pejabat Tanah melalui Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 yang berkuatkuasa sejak 1 Oktober 2019.


Menurut Ketua Penerangan AMK, Aizuddin Arifin sejak hampir sedekad lalu, Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan telah dimansuhkan dan LPPSA telah ditubuhkan melalui Akta 767, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 melalui Warta Kerajaan.


Di mana, katanya, tarikh peletakhakan telah diumumkan pada 1 Januari 2016. Mulai saat itu, kuasa telah diberikan kepada LPPSA untuk melakukan peletakhakan mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta 767, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015, Peruntukan Peletakhakan, Seksyen 4, sub-seksyen 1 hingga 8.


Menurut Aizuddin lagi, dengan pembatalan kemudahan bayaran balik bagi urusan pelepasan gadaian dan peletakhakan statutori itu, maka pesara perkhidmatan awam tidak akan lagi mendapat kemudahan yang telah diberikan sejak bertahun-tahun lalu.


"Akibat dari tindakan tersebut, senario ini telah menimbulkan kemarahan, ketidakpuasan hati di kalangan para pesara kerajaan yang rata-rata telah berpencen dan sebahagian penjawat awam.


"LPPSA digambarkan sebagai tidak prihatin di atas keresahan dan kesusahan para pesara kerajaan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai kedua-dua urusan tersebut tambahan pula rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.


"Para penjawat awam dan pesara juga terpaksa menanggung sendiri bayaran urusan pelepasan gadaian dan peletakhakan statutori tanpa kemudahan bayaran balik," katanya.


Justeru, Aizuddin mengingatkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz untuk membuat pertimbangan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap LPPSA yang selama ini dianggap telah berlaku zalim kepada Pesara Kerajaan dengan menguatkuasakan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019.


Selain itu, beliau juga menggesa Menteri Kewangan menjawab beberapa persoalan penting mengenai LPPSA:


1. Adakah LPPSA mematuhi peruntukan undang-undang subseksyen 4(1) dan subseksyen 4(6) Akta 767 LPPSA 2015 semasa melaksanakan urusan peletakhakan statutori,


2. Adakah LPPSA mematuhi peruntukan undang-undang subseksyen 27(2)(b) dan seksyen 42 Akta 767 LPPSA 2015 semasa menguatkuasakan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019,


3. Adakah LPPSA mematuhi peruntukan undang-undang seksyen 414, 415 dan 278 dan subseksyen 14(1)(g) dan 293(1)(a) KANUN TANAH NEGARA (Disemak 2020) [Akta 828] semasa melaksanakan urusan peletakhakan statutori dan pelepasan gadaian.


4. Apakah pengertian dan maksud sebenar Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 dan mengapakah Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 dianggap terbatal dan tidak sah dan sewajarnya ditarik balik,


5. Apakah punca utama yang menyebabkan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 diluluskan Lembaga LPPSA dan dikuatkuasakan mulai 01 Oktober 2019.


6. Berapakah jumlah keseluruhan bayaran yang telah dibayar oleh pesara dan penjawat awam seluruh Negara kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri setelah Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 dikeluarkan oleh LPPSA?


7. Jika LPPSA didapati melanggar mana-mana Peruntukan Undang-Undang di bawah akta 767 LPPSA 2015 dan Kanun Tanah Negara ( Disemak 2020 )[ Akta 828 ] sehingga keluarnya Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 saya mengesa agar Kementerian Kewangan membuat bayaran balik ( reimbursement ) kepada seluruh pesara dan penjawat awam yang telah membayar fi pejabat tanah bagi urusan pelepasan gadaian dan peletakhakan statutori.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page