top of page

AMK kecam tindakan bakar al Quran dilindungi pihak berkuasa Sweden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30, 2023
  • 1 min read


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengecam keras tindakan terbaharu seorang lelaki yang membakar al Quran di Sweden pada waktu umat Islam merayakan Aidiladha.


Menurut Pengarah Biro Antarabangsa AMK, Fakharuddin Moslim, tindakan biadap membakar naskah Quran dan dilindungi pihak polis Sweden tersebut amatlah tidak bertamadun serta membangkitkan kemarahan umat Islam sedunia.

Fakharuddin Moslim

"Tindakan seorang lelaki, Salwan Momika yang membakar naskah al Quran di hadapan masjid di Stockholm, Sweden merupakan satu perbuatan yang tidak beretika dan bahkan tidak bertamadun. Ia hanya bertujuan untuk mencemarkan kemuliaan al Quran yang menjadi pegangan bagi umat Islam seluruh dunia.


"Bahkan tindakan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan demonstrasi membakar naskah al Quran itu atas nama hak kebebasan bersuara, sebenarnya adalah satu penghinaan ke atas umat Islam tatkala seluruh dunia sedang merayakan satu perayaan besar, Aidiladha.


"Tindakan provokatif ini dan berselindung atas nama kebebasan bersuara, merupakan satu tindakan yang tak bertanggungjawab dan satu jenayah," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Fakharuddin, Islam merupakan agama yang menyeru kepada keamanan dan toleransi maka tidak wajar penganut agama itu dilayan sebegitu rupa.


"AMK menyeru seluruh dunia serta pertubuhan antarabangsa untuk mengambil langkah yang tegas bagi membendung perbuatan biadap sebegini, yang hanya menyemarakkan perasaan islamofobia di kalangan penganut bukan Islam.


"Pihak kerajaan Sweden juga harus membuktikan tekad menyokong keamanan dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan penganjur, serta mengetatkan undang-undang yang memperleceh umat Islam pada masa hadapan," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page