top of page

AMK kecam poster Pemuda UMNO T'ganu guna Jalur Gemilang secara salah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

ree

Tindakan Pemuda UMNO Terengganu memuat naik poster bertajuk `Desak Hukuman Pembuli` yang mengandungi ilustrasi Jalur Gemilang mempunyai 12 jalur berbanding 14 yang sepatutnya, dikritik oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat.


Menurut Pengarah Komunikasinya, Nurhanani Dhamirah Razaleh (gambar), adalah tidak wajar Pemuda UMNO yang sering melaungkan semangat patriotik sejak sekian lama gagal menunjukkan teladan yang baik dalam menghormati simbol negara.


Malah hal itu, katanya, perlu diberi perhatian serius oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh yang sebelum ini lantang mengecam DAP dalam isu pemasangan Jalur Gemilang.


"Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh yang sebelum ini begitu lantang bersuara apabila Jalur Gemilang dipasang terbalik dalam sebuah kejadian yang berlaku di Port Dickson baru baru ini, masih mendiamkan diri apabila kesalahan yang sama dilakukan oleh (sayap) partinya sendiri," katanya dalam kenyataan.


Oleh itu, kata Nurhanani, AMK mempersoalkan prinsip dan konsistensi Ketua Pemuda UMNO, sama ada kecaman yang dilaungkan sebelum ini hanya wajar apabila kesilapan dilakukan oleh pihak lain.


"Sebagai sebuah sayap pemuda yang bersama sama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang harmoni dan stabil pada hari ini, kami menegaskan bahawasanya teras kestabilan negara yang dibina ini adalah atas dasar toleransi dan penyatuan hati untuk melihat Malaysia yang lebih baik," katanya.


Tegas beliau, rakyat Malaysia berhak melihat kepimpinan yang adil, telus, dan tidak memilih bulu dalam mempertahankan identiti serta maruah negara.


"Sepertimana yang diminta oleh Ketua Pemuda UMNO apabila berlakunya kesalahan pemasangan jalur gemilang secara terbalik sebelum ini, kami juga ingin mendesak permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda UMNO Terengganu atas kesalahan ini serta penjelasan dan pendirian Dr Akmal Saleh selaku ketua yang mengemudi sayap pemuda UMNO," katanya lagi.


Untuk rekod, Dr Akmal dalam laporan Malaysiakini petang ini telah meminta tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab di sebalik kesilapan Jalur Gemilang pada poster yang dimuat naik laman Facebook Pemuda Umno Terengganu semalam.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page