top of page

AMK kecam Hj Hadi gesa penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan PN letak jawatan


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai, Faezuddin Puad mengecam kenyataan terbaharu Presiden Pas Hj Hadi Awang yang menyarankan penjawat awam tidak selesa dengan dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar meletak jawatan.


Bagi Faezuddin, setiap rakyat Malaysia dijamin hak bersuara mereka dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak wajar paksaan dilakukan untuk 'mengikut telunjuk' sesuatu parti memerintah.


"Saya menganggap kenyataan ini keterlaluan kerana sebagai rakyat setiap orang termasuk penjawat awam dijamin hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1) (c) yang memberikan kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang.


"Saya faham mutakhir ini sokongan rakyat kepada PN dan PAS semakin merudum dek kelemahan kerajaan mengawal penularan Covid-19. Rakyat sangat marah dengan peraturan yang sentiasa berubah-ubah dan tindakan lembap kerajaan memberi vaksin.


"Tetapi semua ini bukan satu alasan untuk Hj Hadi mengugut atau memaksa penjawat awam meletakkan jawatan sekiranya mereka tidak menyokong Pas-PN," katanya dalam satu kenyataan.


Penyelaras N47 DUN Kempas, Johor itu juga mengingatkan pemimpin Pas, ketika masih bergelar pembangkang mereka seringkali mengecam usaha kerajaan BN menukar kerja penjawat awam yang tidak menyelebelahi pemerintah.


Mengapakah Pas apabila berkuasa melakukan perkara yang sama? Adakah parti itu begitu terdesak mempertahankan kuasa.


"Mungkin kerana Janji Pas untuk membela nasib arwah Adib yang masih tidak berpenghujung, RUU355 tidak dibentang sehingga hari ini, tidak berjaya menghapuskan judi dan banyak lagi janji lain yang tidak ditunaikan menjadi faktor rakyat tidak percaya kepada Pas.


"Jadi, kenyataan Tuan Guru Haji Hadi ini menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan Pas - PN untuk meraih sokongan rakyat," katanya lagi.


Sehubungan itu, mengingatkan Pas yang tidak membentuk kerajaan secara demokratik sebaliknya melalui 'tebuk atap' supaya menghormati sistem demokrasi yang telah diamalkan di negara ini sejak merdeka pada 1957.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page