top of page

AMK KEADILAN Pulau Pinang sedia rampas Seberang Jaya, tolak Afif Bahardin


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang sudah bersedia untuk merampas semula kerusi DUN Seberang Jaya dari Dr Afif Bahardin yang mengkhianati parti dan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata setiap pemimpin dan ahli KEADILAN di Pulau Pinang perlu meneruskan perjuangan parti walaupun ada yang mengkhianati mereka.


"Saya mengingatkan mereka akan kepentingan meneruskan perjuangan KEADILAN dengan mengangkat kebajikan rakyat dan memperjuangkan nasib mereka serta yang memerlukan pertolongan.


"Seberang Jaya ini milik KEADILAN, maka mereka perlu meneruskan gerak kerja menyantuni masyarakat setempat," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan AMK Pulau Pinang yang disiarkan di saluran YouTube miliknya.


Dalam perbincangan bersama AMK negeri itu, Akmal juga berharap semua barisan kepimpinan dan ahli-ahli akan terus mempertahankan prinsip perjuangan parti.


"Selaku AMK, kita akan terus pertahankan prinsip perjuangan, jangan sekali-kali tunduk dan juga leka dalam soal jawatan dan kedudukan.


"Terima kasih kepada AMK Pulau Pinang yang terus komited sebagai satu pasukan dan meneruskan semangat bersama," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page