
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Pentas Angkatan Muda, khusus kepada anak muda mendengar pemimpin pemimpin muda membicarakan masalah di sekeliling mereka.
Menurut Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim, pentas tersebut juga akan turut disertai pemimpin muda dari parti gabungan Pakatan Harapan (PH) mengupas isu isu anak muda menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
"Saya mengajak anda semua untuk hadir ke Pentan AMK yang pertama di Taman Medan, tapak pasar malam Ahad di PJS 2D, pukul 8.30 malam, 9 September 2022.
"Kita menampilkan ramai tokoh anak muda dari KEADILAN dan PH serta tetamu istimewa kita Datuk Seri Anwar, Presiden KEADILAN.
"Saya mengajak anda semua untuk hadir ke Pentas Angkatan Muda, Jumaat ini," katanya.