top of page

AMK Johor sokong Inisiatif Untuk Malaysia bantu murid-murid 'ketinggalan'



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor menyokong penuh gerak kerja Inisiatif Untuk Malaysia yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bagi membantu murid-murid 'ketinggalan' dan lambat membaca.


Ketua AMK Johor, R Yuneswaran (gambar, kiri) berkata, dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan sekolah semakin banyak murid-murid yang tercicir, oleh itu inisiatif Dr Maszlee bersama sukarelawan perlu dibantu.


"Saya bersama delegasi AMK mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Maszlee, Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Mantan Menteri Pendidikan Malaysia.


"Dr Maszlee telah berkongsi perkembangan gerak kerja khidmat beliau sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam serta program kesedaran pendidikan nasional yang dibawakan beliau melalui Inisiatif Untuk Malaysia. Beliau turut berkongsi dasar-dasar baharu, inisiatif yang telah dilakukan sewaktu beliau selaku Menteri Pendidikan," katanya.


Sehubungan itu, AMK Johor, kata Yuneswaran telah berbincang untuk mengadakan “Jelajah Education For All” dengan kerjasama Pusat Khidmat Simpang Renggam.


"Kita juga berbincang satu cadangan program AMK Johor bersama pejabat Dr Maszlee iaitu “Jelajah Education For All” di peringkat Negeri Johor yang bakal diadakan untuk memupuk kesedaran kepentingan pendidikan kepada rakyat di Johor.


"Turut bersama dalam inisiatif ini ialah wakil daripada NGO Mahasiswa KARISMA Malaysia.


"Kita sebagai Anak Muda, jangan pengaruh dengan politik lampau atau mempolitikan semua perkara khususnya yang ada kepentingan rakyat umum," katanya lagi.


Untuk rekod, Dr Maszlee merupakan Ketua Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan dan parti pembangkang yang mengumpulkan semua parti-parti pembangkang untuk memperbaiki dan memantau mutu pendidikan negara.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page