
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor baru-baru ini menghulur sumbangan kepada Along @ Muhammad Amin Syafiq yang ditimpa kemalangan motorsikal.
Menurut Pengarah Komunikasi AMK Johor, Firdaus Zainal (gambar, kiri sekali), Muhammad Amin yang juga ahli AMK menerima sumbangan wang tunai dari Ketua AMK, Yuneswaran Ramaraj dan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor.
"Saya mewakili MPN KEADILAN Johor dan AMK Johor juga mewakili Ketua AMK Johor, Sdr Yuneswaran Ramaraj antara penyumbang terbesar menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Amin di kediaman beliau.
"Along alami kemalangan tempat kerja dan terlibat kecederaan di bahagian impak kemalangan motosikal sebelum ini sehingga pihak perubatan mengeluarkan surat kepada majikan beliau untuk tidak lagi bekerja di dalam kategori kerja berat dan sentiasa memakai bengkung khas untuk tulang belakangnya," kata Firdaus.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang - penyumbang individu dari anggota KEADILAN yang membantu meringankan beban keluarga Along.