top of page

AMK Johor hantar memorandum harga barang naik kepada MB Johor



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor semalam menghantar memorandum ke Pejabat Menteri Besar Johor menggesa diturunkan harga barang yang kini melambung di pasaran.


Menurut Ketua AMK Johor, Yuneswaran Ramaraj, kenaikan harga barang yang tidak terkawal menyukarkan kehidupan seharian rakyat terutama untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada keluarga.


"Jika kita lihat laporan media termasuk media sosial, rakyat sangat terkesan dengan peningkatan harga barang berlaku secara mendadak, sama ada harga sayur, roti, ayam, alat gantian kereta, bahan binaan, ais dan pelbagai barangan lain. Malah pengumuman terbaru kos menunaikan haji juga bakal meningkat amat mengecewakan.


"Sudah pasti paling terkesan ialah golongan B50 dan miskin bandar. Tambahan pula mereka baru saja bangkit semula selepas terkesan akibat penutupan sektor ekonomi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun 2020.


"Namun sehingga hari ini kita tidak nampak tidakan serius kerajaan tangani masalah ini. Rakyat cuma dapat alasan demi alasan dan dan tindak balas lembab Menteri," katanya.


Menurut Yunes lagi, AMK Johor juga menggesa kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Kewangan (MOF) untuk segera mencari jalan penyelesaian.


Katanya, AMK mencadangkan agensi kerajaan turun padang sama ada memantau harga dengan agresif, laksanakan suatu ‘skim’ atau penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi mengawal harga


"Penguatkuasa KPDNHEP digesa turun padang dengan kerap bagi memantau harga keperluan asas di pasaran. Terutamanya di pasar-pasar yang mempunyai aduan peniaga menjual barang keperluan asas terlalu mahal.


"AMK Johor juga menggesa kerajaan perangi dan hapuskan 'orang tengah' dalam rantaian perniagaan. Mereka memainkan peranan besar dalam turun naik harga barang dengan mengawal, menyimpan stok atau mengeluarkan barang kepada peniaga sehingga dilihat bekalan berkurangan," katanya lagi.


Selain itu, AMK Johor berharap kerajaan tidak bersikap lepas tangan dan memberi alasan yang menambah kegelisahan rakyat seperti ‘kenaikan harga barang adalah normal’.


Memorandum berkenaan diterima oleh Setiausaha Politik MB, Datuk Zulkurnain Kamisan.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page